Aku rasa ini adalah satu topik yang penting untuk kita bincangkan bagi mempertingkatkan lagi keberkesanan dakwah Islam. Tiap-tiap hari Jumaat, sudah pastinya kita kaum lelaki ke masjid untuk solat Jumaat. Hari berganti hari malah sudah banyak tahun berlalu, gaya dan penyampaian kebanyakkan khutbah Jumaat tidak juga berubah. Statik, lemah dan tidak memotivasikan. Anda semua mesti sedar yang khatib ni bila baca khutbah, ada lenggok/irama khusus dia. Gaya inilah yang diterapkan selama bertahun2 lamanya dalam pembacaan teks2 khutbah sehingga para jemaah ada yang tertidur, tidak fokus dan ada juga yang berbual-bual.
Apa yang aku harapkan pada pembaharuan ini bukanlah satu penglahiran atau penstrukturan semula prosedur-prosedur khutbah Jumaat sebab ia sudahpun ditetapkan dalam Islam. Apa yang aku harapkan ialah gaya dan penyampaian yang lebih berkesan, yang lebih menarik, yang lebih menusuk, dan mesej yang lebih hampir pada sekalian jemaah.Teks-teks khutbah Jumaat aku perhatikan tidak begitu berkesan merangsang jemaah untuk memberikan fokus yang tidak berbelah bahagi kepada si khatib. Ayat-ayat teksnya begitu kaku dan pendedahannya terlalu umum. Kita hanya disajikan dengan pengulangan demi pengulangan fakta dengan kaedah penyampaian yang sama. Memang tidak ada salahnya. Namun di manakah usaha untuk memenangi hati jemaah? Apakah mereka tidak sedar tentang fenomena ini? Manusia secara umumnya mudah berasa bosan. Khutbah Jumaat perlu diubah lenggok gaya bahasanya serta pengolahan isi kandungannya perlu lebih kreatif.
Aku rasa, kalau gaya penyampaian khutbah (lenggok gaya ucapan) diubah sikit pun akan
dapat meningkatkan perhatian para jemaah. Sekarang ni, selaras dengan perkembangan IT, ada masjid macam tempat aku (Masjid Tmn Universiti ) guna projector, jadi jemaah dapat tengok muka khatib sejelas-jelasnya. Ini satu perkembangan yang bagus.Cadangan aku, khutbah Jumaat boleh dijadikan lebih interaktif. Mungkin semasa khatib sedang berkhutbah, boleh pasang slideshow. Contohnye, masa khatib sedang cakap pasal perang di Gaza, bolehlah tunjuk gambar-gambar di Gaza tu.. so, ini akan lebih menarik tumpuan Jemaah. Hari tu khutbah kat tempat aku ada ckp pasal kartun yahudi (pokemon). Masa tu, bole la tunjuk gambar katun pokemon tu. so, Jemaah yang tak tau apa Pokemon tu boleh jadi tau...
Ini hanyalah pendapat aku saja...
